Saturday, August 28, 2010

TOPOLOGI TOKEN RING

Seperti star bus topologi, bezanya dihujungnya network akan kembali ke node yang pertama. Di dalam star-wired ring, setiap nodes mengambil giliran untuk menghantar dan menerima data. Data akan di hantar ke node pertama di ikuti dengan node kedua dah seterusnya. Ini menjadikan proses penghantaran data menjadi lambat.



 Contoh gambarajah topologi Token Ring 












Contoh simulasi Topologi Token Ring

TOPOLOGI TREE

Gabungan linear bus dan star topologi. Beberapa kumpulan star bersambung dengan linear bus kabel backbone ( Lihat Gambar Dibawah) . Tree topologi membenarkan kita untuk membuat penambahan kepada rangkaian sedia ada.



Contoh gambarajah topologi Tree














Kelebihan Tree Topologi

• Pengkabelan Point-to-point itu segment tersendiri.
• Sesuai dengan kebanyakan hardware dan software dari pembekal.

Kelemahan Tree Topologi

• Jarak di anatara segment terbatas mengikut jenis kabel yang di gunakan.
• Jika backbone menghadapati masalah, keseluruhan segment akan terputus.
• Susah untuk di Konfigurasikan.

TOPOLOGI STAR

 setiap node ( file server, workstations dan peralatan) disambungkan terus ke hub atau switch. Data akan melalai hub atau switch sebelum sampai ke destinasi.. Hub atau switch mengawal fungsi-fungsi network. Hub atau switch juga berfungsi sebagai penguat signal. Sambungan star topologi biasanya mengunakan kabel twisted pair, coaxial kabel dan fiber optik.

 
Contoh gambarajah topologi star










Kelebihan Star Topologi

• Mudah di Install
• Tidak mengangu rangkaian ketika proses penyengelaraan.
• Mudah untuk mengesan kerosakan dan mengantikan componet.

Kelemahan Star Topology
 
• Memerlukan lebih kabel jika di bandingkan dengan linear topologi.
• Jika hub atau switch rosak, Semua node akan gagal berfungsi.
• Kos lebih mahal jika di bandingkan dengan linear bus topologi kerana kos switch atau hub.

TOPOLOGI LINEAR BUS

Setiap node di sambung secara bersebelahan sepanjang backbone yang sama seperti lampu krimas. Data yang di hantar dari satu node akan bergerak melalui backbone sehingga sampai ke destinasi node. Di setiap penghujung linear bus mestilah mempunyai terminator bagi memastikan signal tidak berpatah balik.

Contoh gambarajah topologi Linear Bus.




Kelebihan Linear Bus Topology

• Mudah untuk di sambungkan.
• Hanya memerlukan cable yang sedikit     

  berbanding star topologi.

Kelemahan Linear Bus Topology

• Keseluruhan netwok akan gagal berfungsi sekiranya cable utama gagal berfungsi.
• Terminators di perlukan di setiap penghujung kabel backbone.

• Sukar untuk mengenal pasti masalah kerana ketika ini keseluruhan network gagal berfungsi.
• Tidak sesuai untuk digunakan dalam satu organisasi yang besar.

NETWORK TOPOLOGI

Fisikal topologi di dalam network merujuk kepada konfigurasi kabel, komputer, dan alatan seperti perinter dan lain. Pisikal topologi tidak sepatutnya di samakan dengan logical topologi. Logikal topologi adalah cara yang digunakan untuk menghantar maklumat di antara workstation. Kita akan bincangan lebih mendalam topic logical topologi di baharian protocol nanti

JENIS-JENIS UTAMA FIZIKAL TOPOLOGI IALAH :-
  •  Linear bus
  •  Star
  •  Token ring
  •  Tree

ISTILAH - ISTILAH DALAM RANGKAIAN KOMPUTER

Berikut merupakan istilah-istilah yang biasa ditemui dalam dunia rangkaian komputer

Node - node adalah apa sahaja yang bersambung kepada network. Contohnya seperti Komputer dan printer

Segment - segment adalah bahagian network yang di pisahkan mengunakan switch, bridge atau router, dari bahagian lain network


Backbone - backbone adalah cable utama yang menyambungkan semua network atau segments. Biasanya backbone mempunyai keupayaan membawa data atau infomasi yang besar. Contohnya setiap segment mempunyai transfers rate sebanyak 100Mbps manakala backbone pula beroperasi sehingga 1000 Mbps.

Topology - Topologi adalah bagaimana cara node bersambung kepada network

Network Interface Card (NIC) – Setiap komputer di sambungkan ke network mengunakan Network Card (NIC). Di dalam kebanyakan desktop computer, Ethernet card ( biasanya 10 atau 100mbps) terpasang di motherboard computer


Media Access Control (MAC) address – Ini adalah physical address untuk NIC di dalam network. MAC address mempunyai dua bahagian yang sama, 6 bytes panjangnya. 3 bytes yang pertama digunakan untuk mengetahui syarikat pengeluar NIC tersebut. Manakala 3 byte yang kedua adalah serial nombor untuk NIC itu sendiri.

Unicast - unicast adalah penghantaran data dari satu node ke satu node yang telah di tentukan.

Multicast - multicast, node menghantar data ke pada satu group node yang telah di tentukan.

Broadcast – broadcast pula adalah satu node menghantar data ke seluruh node atau network.



 

RANGKAIAN KOMPUTER ?

Satu rangkaian atau network merupakan sekumpulan komputer bersambung yang membolehkan pengguna berkongsi informasi dan kelengkapan

Contoh gambar apa yang yang berlaku dalam rangkaian komputer